Lawatan Tapak Dan Pengumpulan Data Teknikal di Kompleks Mini Ko-Nelayan, Beluran

Lawatan Tapak Dan Pengumpulan Data Teknikal di Kompleks Mini Ko-Nelayan, Beluran

Lawatan Tapak Dan Pengumpulan Data Teknikal di Kompleks Mini Ko-Nelayan, Beluran
6 Julai 2026 (Isnin)
Lawatan Tapak
Kompleks Mini Ko-Nelayan, Beluran

Lawatan Tapak Dan Pengumpulan Data Teknikal di Kompleks Mini Ko-Nelayan, Beluran

6hb Julai 2026 (Isnin): Lawatan tapak dan pengumpulan data teknikal untuk kerja-kerja pemasangan Loji Ais Blok bersama pihak syarikat pembekal mesin ais blok di Kompleks Mini Ko-Nelayan, Beluran Sabah.
Lawatan kerja ini diketuai oleh En. Mohd Naeim Bin Maddibut (Ketua Unit Pengurusan Kompleks), bersama Ir. Azizulhelmi Bin Ismail (Jurutera Ko-Nelayan), En. Muhandri Bin Mirul (Pengurus Wilayah Sandakan), En. Azmin Bin Nunasus (Unit Kejuruteraan Ko-Nelayan), Pn. Shaniah Binti Stephen (Kakitangan Kompleks Mini Ko-Nelayan Beluran) serta jurutera-jurutera daripada pihak kontraktor.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan data teknikal di tapak, menyelaras keperluan reka bentuk dan pemasangan, mengenalpasti keperluan kedudukan utiliti serta sebarang kekangan teknikal sebelum kerja pemasangan dilaksanakan. Pelarasan ini penting bagi memastikan jenis mesin yang dipasang mengikut spesifikasi keperluan supaya pengoperasian loji ais dapat berjalan dengan lancar serta menjamin bekalan ais blok yang berterusan kepada nelayan setempat.
PENERAJU TRANSFORMASI NELAYAN
SABAH MAJU JAYA
MALAYSIA MADANI

#konelayansabah
#ukkkonelayan
#teammaffi
#berbudikepadatanah
#kebundapur
#Onsoi

Kembali ke Aktiviti 2026